Tuesday, January 5, 2010

cara mudah JIMAT DUIT

Antara cara-cara paling mudah dan praktikal untuk JIMAT DUIT
(setelah kajian sendiri selama beberapa hari, maka inilah tips2 yang difikirkan paling praktikal :) - ditujukan untuk diri sendiri juga :p )

1. Beli barang pada harga borong
beli barang secara pukal atau pada harga borong di pasaraya-pasaraya besar ('hypermarket') kerana harga yang lebih rendah serta banyak manfaat atas sebarang pembelian.

2. Beli barangan 'second-hand' atau lelong/jual murah
pada harga yang kurang dari separuh atau jauh lebih murah, tetap mendatangkan pulangan memuaskan / lebih baik.

3. Berbelanja pada musim promosi dan 'mega sale'
ambil kesempatan pada masa ini untuk berbelanja kerana pada waktu lain mungkin harganya dua kali ganda!

4. Kitar semula atau 'recycle'
membolehkan anda dapat wang poket lebih, di samping menjaga persekitaran agar lebih bersih

5. Beriadah di tempat awam
boleh jimatkan duit anda dengan berjogging sendiri di tempat-tempat rekreasi awam, daripada membayar beberapa ratus ringgit sebulan untuk keahlian di gym :p

6. Kurangkan hiburan, banyakkan bacaan
duit tengok wayang atau konsert yang kurang perlu- lebih baik simpan untuk beli bahan bacaan yang bermanfaat seperti majalah ilmiah / novel yang bermotivasi dan berinspirasi

7. Kurangkan makan di 'fast-food restaurant'
selain harga yang lebih mahal, makanan segera sebegini kurang elok untuk kesihatan anda :)

8. Masak dan makan di rumah
cara terbaik untuk jimat duit! :)

9. Rancang perjalanan dan jimat petrol
kurangkan berulang-alik ke sesuatu tempat atau gunakan pengangkutan awam. Selain itu, pastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik bagi mengelak penggunaan petrol lebih banyak.

10. Semak bil utiliti bulanan
kaedah ini amat praktikal. Kumpulkan bil-bil utiliti anda seperti bil elektrik, telefon, internet, air dan apa-apa langganan bulanan. Ini semua untuk semakan dan penilaian semula sama ada ia berbaloi / diperlukan / sebaliknya.

11. Jimat letrik dan air
most logical reason why :)

12. Guna kad kredit dengan bijak
bayar tepat pada masanya dan anda akan memperoleh beberapa manfaat atas sebarang penggunaan.

13. Bayar bil 'online'
jimat duit, tenaga dan masa dengan lebih praktikal.

14. Berhenti merokok!
Obviously, ketagihan ini hanyalah perbuatan yang merugikan duit dan kesihatan. Boleh juga membawa kemudaratan kepada orang lain di sekeliling kita.

Maka, renung-renungkanlah dan selamat praktis! ;)